tekanan darah rendah...

Bincang2 masalah berkaitan kesihatan.

Moderator: Kumpulan Pengendali

Postby ardif » Mon Aug 28, 2006 1:15 pm

uik
meh aku tolon checkkan ngko meh clayy...
he he....
:twisted:


niway... byk gak term2 dlm kes terkanan darah rendah nih yg taka ku fahami
kene byk surf ttg ni neh....
:idea:
...........
4Rd!F
...........
User avatar
ardif
Semester 6
Semester 6
 
Posts: 2096
Joined: Wed Aug 10, 2005 12:44 pm
Location: kebun ke kebun
Gender: None specified

Postby claypott » Mon Aug 28, 2006 2:34 pm

amboi2 diff
bukan main lagi ko ek
aku bagi libasan berapi kang terbakar lak
gi je jumpe doktor
segala persoalan insyaAllah leh terjawab
Once Upon a Time, Something happened to me. It was the sweetest thing that ever could be.
It was a fantasy, a dream come true it was the day I met you.

Image
User avatar
claypott
Semester 6
Semester 6
 
Posts: 2010
Joined: Thu Feb 17, 2005 11:00 am
Location: PPj
Gender: Female

Postby ardif » Mon Aug 28, 2006 6:54 pm

baek mem! :mrgreen:
...........
4Rd!F
...........
User avatar
ardif
Semester 6
Semester 6
 
Posts: 2096
Joined: Wed Aug 10, 2005 12:44 pm
Location: kebun ke kebun
Gender: None specified

Postby claypott » Tue Aug 29, 2006 8:04 am

jangan panggil mem
panggil je datin...
ahaks
Once Upon a Time, Something happened to me. It was the sweetest thing that ever could be.
It was a fantasy, a dream come true it was the day I met you.

Image
User avatar
claypott
Semester 6
Semester 6
 
Posts: 2010
Joined: Thu Feb 17, 2005 11:00 am
Location: PPj
Gender: Female

Postby claypott » Thu Sep 07, 2006 3:13 pm

Tip untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi

* Senaman seperti angkat berat dsb. Senaman dua atau tiga kali seminggu boleh membantu membakar lemak dan memperbaiki metabolisma glukosa di dalam badan.

* Dapatkan binatang peliharaan seperti kucing. Ia boleh membantu mengurangkan tekanan perasaan.

* Jadi seorang yang lebih optimistik (berfikiran positif).

* Pergaulan sosial yang baik boleh mengurangkan stress dan depression. Sertai kelab sukarela dsb.

* Meditasi selama beberapa minit sehari - sembahyang, yoga dsb.

* Amalkan pengambilan makanan tambahan CoEnzyme Q10.

* Tukar kerjaya kepada yang kurang memberi tekanan kepada anda.

* Bercuti sekali sekala(Cuti-cuti malaysia)

* Amalkan pengambilan makanan berasaskan soya.

PENTING: Sila rujuk kepada doktor anda sebelum mengambil apa-apa ubat atau menjalani rawatan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

p/s:info from farmasi anis
Once Upon a Time, Something happened to me. It was the sweetest thing that ever could be.
It was a fantasy, a dream come true it was the day I met you.

Image
User avatar
claypott
Semester 6
Semester 6
 
Posts: 2010
Joined: Thu Feb 17, 2005 11:00 am
Location: PPj
Gender: Female

Postby ardif » Thu Oct 12, 2006 9:04 am

itu tips tekanan darah tinggi clayyy

neh kalo ada tips tekanan darah rendah share la sini....
...........
4Rd!F
...........
User avatar
ardif
Semester 6
Semester 6
 
Posts: 2096
Joined: Wed Aug 10, 2005 12:44 pm
Location: kebun ke kebun
Gender: None specified

Postby sharif » Fri Oct 13, 2006 4:05 pm

Biasanya untuk takanan darah rendah kena banyakkan makan makanan laut semacam sotong,udang,ketam dan seumpanya.Lagi satu makan daging kambing kurang daripada 350gram,jangan lebih2.
Daripada Kaab b. Iyad r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta." - Riwayat At-Tirmidzi
User avatar
sharif
Semester 4
Semester 4
 
Posts: 554
Joined: Thu Feb 24, 2005 4:48 am
Location: Alam Siber
Gender: None specified

Postby claypott » Tue Jan 16, 2007 12:30 pm

Q)Saya masih muda, awal 20an tetapi selalu mengalami sakit kepala hingga terasa hendak pitam. Saya pernah menerima rawatan dan doktor mengesahkan saya mengalami anemia tetapi tidak bahaya. Boleh saya dapatkan panduan mengatasi masalah ini?

A)Tekanan darah setiap orang dikawal sistem tersendiri yang membabitkan kawalan utama di otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah menyebabkan situasi yang stabil membolehkan aliran darah yang berpatutan ke organ dalam badan. Tekanan darah yang normal ialah lebih kurang 90-120 mmHg pada tahap sistolik dan diastoliknya ialah antara 60-80 mmHg. Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya.

Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simtom yang tersebut diatas.

Antara penyebab tekanan darah yang rendah termasuk kekurangan volum darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan, dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam tinggi. Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah.

Jika apa yang saudari alami rasa pening atau hendak pitam bila bertukar kedudukan seperti penjelasan di atas dan tidak mengalami apa-apa masalah yang lain, anda mempunyai keadaan yang dipanggil tekanan darah rendah ortostatik ('orthostatic hypotension' atau ia juga dikenali sebagai 'postural hypotension'). Keadaan tidak ada rawatan kerana tekanan darah akan pulih bila anda duduk atau baring kembali. Cuma anda harus berhati-hati - jangan bangun dengan cepat, lakukan ia dengan perlahan-lahan supaya badan dapat menyesuaikan tekanan darah kepada posisi yang baru.

Bagaimanapun anda perlu mendapatkan pendapat pakar untuk meneliti simptom dengan keseluruhannya, kerana ada juga masalah lain seperti ketumbuhan atau penyakit di otak yang boleh menyebabkan simptom sama.

rujukan : tanya doktor, Berita Harian

p/s:selalu selalu la check korang nye tekanan darah.mane la tau kot2 ade tekanan darah rendah or tekanan darah tinggi ke.consult ur doctor every year
Once Upon a Time, Something happened to me. It was the sweetest thing that ever could be.
It was a fantasy, a dream come true it was the day I met you.

Image
User avatar
claypott
Semester 6
Semester 6
 
Posts: 2010
Joined: Thu Feb 17, 2005 11:00 am
Location: PPj
Gender: Female

Re: tekanan darah rendah...

Postby zamri » Thu May 29, 2008 10:44 am

Kepada yang ada masalah darah tu, cuba baca ni.

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Assalamualaikum wbh
Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. N amun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun N abi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah pinggang
7. Jantung
8. Buah pinggang
9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
10. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan N abi Muhammad SAW ini?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun.
Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama N UTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.
Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.
Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau.



Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.
Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan N abi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul N ya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan N asrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.
Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sekian wassalam wallahualam
| KtnLUG | My Blog |

They don't care how much you know, until they know how much you care.
-----------
Knowledge is better than wealth because knowledge looks after you while you have to look after your wealth; knowledge determines your actions while wealth is determined by your actions; and knowledge increases when you use it but wealth decreases when you use it. -- Saidina Ali Abi Talib
User avatar
zamri
Pentadbir Forum
Pentadbir Forum
 
Posts: 6209
Joined: Wed Feb 16, 2005 4:18 pm
Location: Bilik Server
Gender: Male

Re: tekanan darah rendah...

Postby JIMbo » Thu May 29, 2008 10:59 am

byk rahsia yg belum terungkai nih ..

nice article anyway :good
- plan wisely, execute accordingly, maintain consistently -
User avatar
JIMbo
Ahli Aktif
Ahli Aktif
 
Posts: 3446
Joined: Wed Jun 08, 2005 3:35 pm
Location: Kuantan
Gender: Male

Re: tekanan darah rendah...

Postby leman_t.tas » Sun Jun 08, 2008 11:06 am

Betoi sangat apa yang zamri bgtau tu :salute ...jadikan ianya sebagai PERINGATAN..
Image
leman_t.tas
Semester 1
Semester 1
 
Posts: 12
Joined: Sun Jun 08, 2008 9:45 am
Location: Taman Tas
Gender: Male

Previous

Return to Kesihatan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron